Tuesday, May 31, 2011

Bersalin normal vs C-sect (Part 3)

sorryla lambat btul nak update..
naik berjanggut org tggu..heheh..lately keje byk, sibuk pergi kursus lg...x sempat nak update blog..

ok..pas balik rumah, masa ni tgh puasa, husband belikan nasi dgn lauk..
buka puasa, pastu siap2 dlm kul 4 ptg da masuk hospital..
dalam hati takut sgt, mcm rasa bersalin anak sulung pulak...padahal tgh takut nak kene induce, ye la duk dgr citer org kata induce ni sakit, lagi sakit dr sakit bersalin biasa..dgn pk doc kata dia akan induce sampai 3 kalai, kalau x bersalin last choice kene c-sect lg..lagi la bertambah takut..
masa tu dgn pk nak tggl fatin for 4 day (incase bersalin normal) or 6 day(kalau kene csect)..lamanya la hai...
berdebar2..so ddk kat hospital xde la byk aktiviti, just ddk, tgk tv, jalan2 keliling ward, berborak2..sambil tu nurse dtg buat ctg dgn bg ubat...
mlm dlm kul 8.00 mlm mcm tu...doc datang and bgtau, kul 9.00 mlm dia akan cek opening and kul 7.00pg esok dia akan start induce ubat..
kul 9.00 mlm cek opening, masa ni da bukak 1 cm, and xde rasa sakit..boleh bergerak mcm biasa, boleh gelak2 dgn husband, boleh telefon mak lg tp dlm hati takut giler nak kene induce...

20/8/2010 (Jumaat)

kul 6pg, nur sa da kejut suh bgn, then siap2 mandi..and nurse pesan kul 7.00pg tggu  kat bilik check openning tu, doc akan masukkan ubat (induce)...b4 tu sempat buat CTG and everything was okey..
INDUCE TIME...nasib baik doc pempuan yang induce, lega skit x malu sgt..doc sofia tu pun sgt baik, nice jek cakap, lega la kan..then bila dia cek, da bukak openning 1 cm, and dia akan induce 1/2 doz sahaja(as 1st pregnancy bersalin c-sect) dia takut bila masuk 1doz, contraction kuat sgt and rahim boleh pecah..so i ok jek la..masa induce ubat ni biasa jek, x la sakit..cuma dia pesan 1 hour kene baring jek, x boleh jalan2 takut ubat jatuh...boring2...apa lg amik kesempatan utk tdor2 ayam la..

10.00 pg..da mula sakit2 da...lenguh2 pinggang, contraction da start to take place...
telefon mak, mak otw nak dtg KL, tumpang adik ipar nak balik selayang..
then tel my BFF, Yat just nak bg release tension tahan sakit..
ye la bila da berborak and bergelak ketawa tu xde la terasa sangat kat..

kul 11.00 pg, contraction makin kerap, menggigil tahan sakit, sekejap jalan sana, jalan sini ..nurse yang tgk pun runsing, siap tanya lg...kenapa kak???sakit la dik, xpela akak ddk kat bilik, jap lg saya dtg...
tgh baring sambil menahan sakit tu, nurse tu dtg, cek contraction da 3/10.. 3 kali in 10 minit..so dia cakap ni mmg da sakit da..dia suh tahan sementara nak tggu doc cek VE kul 12.30tghr...
dlm hati mmg betul2 cuak and mmg sakit la contraction kali ni compare dgn masa bersalin fatin dulu..sakit dia sakit sampai nak tercabut2 pinggang...
hubby otw datang...tu pun da 4/5 kalai telefon just nak borak and bg lupa skit sakit contraction tu...mmg sakit la bila kene induce, tp demi keselamatan nyawa baby ni, gagahkan jugak la...

kul 12.15 hubby sampai dengan kakak ipar, dia tolong urut2 and picit2 skit..so okla..tp x boleh nak lama2, sbb nurse nak dtg buat CTG and doc nak cek VE..so jumpa dalam 15 minit, dia nak g solat jumaat, pas sembahyang dia datang balik..so okla..

bila doc cek VE, opening da bukak 4.0cm and doc decide nak pecahkan air ketuban...cuak betul.. ye la...in 4 hour da bukak 4 cm, nak tolak masuk labour room, dgn husband nak sembahyang jumaat, dgn mak x sampai lagi..kusut btul..makin berdebar2...tiba2 rasa x ready lg...argghhhh...so doc masukkan ubat buang air besar and suh balik bilik, siap2 barang and nanti staff nurse tolak .tiba rasa blank and nak husband ada kat sebelah..time ni la pulak call x berangkat, xde line la, pastu adik ipar call tanya jalan nak pg hospital putrajaya la...tensen2x..kawan da la dok menahan contraction, gabra gile..last2 call kakak ipar bgtau , nak bmasuk labour room and minta bgtau husband.

sampai kat labour room, dorg letak kat satu bilik temporary dulu sbb labour room dorg tgh bersihkan..masa kat sini siap call husband suh masuk..x tahan btul sakit, lain betul bila compare dgn normal contraction..tp husband bgtau, dia x boleh masuk lg, sbb nak kene pindah2 bilik...sabo jek la...
dalam 15 minit mcm tu, dorg pindahkan dalam labour room..then doc tu keluar tu keluar, dia pesan kalau rasa nak buang air besar panggil...

masa ni struggle gile bergelut dgn contraction, ye la da la menahan contraction, husband pulak x boleh masuk, and tiba rasa macam sesak nafas, tiba jek rasa panas sgt mcm xde aircond..
so panggil nurse td, siap tanya dia lg, nurse, bilik ni mmg xde aircond ke...
kelam kabut nurse tu cek bawah, then dia cakap awak da nak bersalin ni...hahhhh..nak bersalin da....
masa tu jugak nurse tu suh panggil husband masuk..husband masuk...bg semangat skit..
nurse dok suh push and jangan angkat b****t..kita da sakit mana la nak pk, b****t terangkat ke x, dgn nak push lg...after 2 kali push...doc panggil husband suh tgk kepala baby da nampak, andd minta bg semangat untuk push baby keluar...try push lg sekali, x lepas gak, then doc tu cakap, "saya potong sikit ye, nak bantu keluarkan baby awak"..lepas jek potong, sekali push, da kuar baby....masa ni lega sgt2....tgk husband muka da pucat, berdiri kat tepi jek...mcm nak pitam, ye la tgh puasa then tgk darah banyak, masa tu dia ckp mmg rasa nak pitam...doc suh rest jap kat tepi..while staff nurse sorg lg tunjuk gender baby kat i, and letak baby kat atas dada...

20/8/2011, 3.33 pm
i selamat melahirkan 2nd puteri kami NUR WANI FATIN BIN RAFEZI @ 2.55kg, via normal

(fresh from mama womb)

Alhamdullilllah, dipermudahkan untuk bersalin normal and i sempat baca 2 kalimah syahadah kat telinga baby b4 nurse tu amik untuk bersihkan baby..bila da bersih my husband iqamadkan baby..syahdu je rasa masa ni..YA Allah, terima kasih di atas kurniaan-Mu...

Selesai bab bersalin, it now time nak jahit kesan gunting tu..husband kene tggu kat luar, while this proses. I siap tanya lg nurse tu, nak jahit bawah ni bius x..dia cakap dia akan bius, so x terasa sgt sakit..lega2...so far ok, cuma bila nak jahit kulit yang atas tu sakit sikit, kulit tu nipis je, so mmg terasa la..tp xpela..da tgk muka anak tadi, lupa plak rasanya....hehehe..

x lama proses jahit tu, dlm kul 4.30 ptg da tolak  masuk wad semula, masa tu semua da ada tggu i, mak, mak mertua, kakak ipar and family, husband and Fatin...seronok rasanya sbb 1 mlm jek ddk hospital, esok kalau baby wani da buang air besar and kecil, da boleh balik rumah..horrey...




Friday, May 27, 2011

mmmmm..

da nak masuk bulan 6 da..sekejapnya masa berlalu...
anak2 pun da nak masuk 2 tahun...
umur pun nak masuk 29 tahun..

huhhh..mengeluh saje..ntah ape2..
kla..nak sambung keje..
da xde mood..mood nak cuti jek...
k la..jumpa next week...
bye...

Thursday, May 19, 2011

Bersalin normal vs C-sect (Part 2)

lama giler nak update part 2..ni gara2 keje melambak2 kat opis plus balik rumah da collapse buat keje rumah...so ari tu stop kat mana ek..

ok..pas bersalinkan fatin 20/8/2009...masa ni berpantang kat rumah mak, kluang..
seronok betul berpantang 2 bulan, relax jek..tp sbb kan operate hari tu xde la banyak sgt moving, just relax2 jek kat rumah..
masa bersalin csect tu, rasa mmg agak teruk gak la..seminggu jalan pun x tegak lagi still terbongkok2..pastu bdn mmg letih dan penat sgt...dengan masa tu tak berurut, ye la bersalin operation, pastu x kenal mak bidan yang pandai urut, masa ni kat dengkil lg, sbb fatin kene tahan wad sbb kuning...mmg dugaan betul, nasib baik fatin ddk kat wad, so i kat rumah boleh la nak adjust2 bdn, bg selesa b4 si kecik tu keluar wad...

dalam masa ni hsband mmg banyak sgt membantu, ye la, dia yang duk ulang alik jenguk fatin, beli barang keperluan, mmg pendek kata cuti seminggu yang kerajaan bagi tu mmg guna sepenuhnya..3 hari fatin kat wad, then da boleh balik, tp still kene ulang alik klinik kesihatan sbb kuning dia masih lg ditahap yang tinggi...

next week tu balik kluang, rutin ttp sama...ulang alik klinik dgn hospital, nak cek kuning fatin..dekat sebulan baru turun bacaan 7.5 dan x payah refer klinik lg...lega btul...masa ni luka operate tu da kering, tp kkdg rasa jugak berdenyut2...ntahla, org lain kata bersalin operate ni sakitnya x sgt, tp bg i personnaly mmgla azab...




selepas 3 bulan ........................




fatin da membesar dengan sihat..alhamdullillah, dan kami tiba2 dikejutkan dengan berita i da pregnant lagi..
masa nak buat test ni mmg takut2, ye la anak baru jek 4 bulan dengan ada history c-sect da pregnant lg..
dalam hati masa ni, kalau tau doktor mmg mati la kene bebel..
masa buat test kit kat rumah tu , i baru jek pregnant sekitar 5 minggu lebih..tu pun agak2 sbb last 5 week i period and that month x datang, dan tiba2 ada rasa loya2 dgn ada simptom2 pregnant kan fatin..nervous giler masa  tu...Tuhan je la yang tau..tgk2 POSITIVE!!

mmg takut giler nak pg klinik nak cek, takut nak dgr nurse dgn doktor membebel..at last puas kene pujuk dgn hubby, so the next following week tu pg klinik dkt banting..bila scan, doktor cakap mmg positive pregnant, and baby puny sac da develop dan ada heart bit...tp doktor ni bagus, instead of dia membebel, tp dia bagi kata2 semangat..and dia kata xde masalah untuk terusankan pregnancy, as itu adalah rezeki dari Allah, dan insyaAllah semua akan dipermudahkan olehNya...mmg best la..terus jadi bersemangat dan eager nak tggu adik fatin keluar.. b4 doktor cakap mcm tu xde sape pun tau i pregnant melainkan hubby sahaja..parent pun x tau, takut punya pasal...so pas doc ckp semuanya ok, baru la berani nak bgtau, tu pun stage by stage...

so pregnancy goes as planned, semuanya ok, i pun xde mabuk2 sgt, and jujurnya bagitau the second pregnancy lebih baik dari yang pertama..badan lebih sihat and bertenaga even tgh struggle nak besarkan fatin..Allah maha berkuasa, semuanya ada hikmah disebaliknya..

bila teringat pengalaman kene c-sect,  hari2 doa supaya dipermudahkan untuk bersalin, diberi peluang untuk bersalin normal..tu je la ayat hari2 dok amalkan plus dgn amalan2 lain...

JULAI, masa ni dapat surat suh pergi induksi umum dekat felda trolak, sungkai...masa ni hati berbelah bagi nak pegi ke tidak,..dahla 2 minggu nak meninggalkan anak kesayangan, plus da pregnant 32 weeks..
tp pikir2, kalau tangguh, kang bila ada kursus lagi, pasni kalau pg nak tgglkan 2 org anak pulak, and after discuss dgn hubby, dia suh pergi dan dia kata xpe fatin dia handle (fatin masa ni da 11 bulan) da seronok buat main...so pgla i dengan berat hati...masa kat sana, 2 minggu mcm 2 tahun lambat btul nak abis, tp enjoy sbb byk aktiviti skip x payah buat, ddk diam2 study jek..and hubby pun ada 3/4 kali dtg and overnite sana, so xdela terasa sgt...abis jek induksi i da 34 weeks pregnat, and ada appointment dekat hospital putraja on the 36 week pregnant, either nak planned c-sect atau try to go for normal delivery.

11 Ogos 2010 (khamis)..the day has come, so pergila hospital putrajaya nak cek semua2 la...so cek semua ok, baby ok, kepala da dkt bawah tp x engage lg...so doktor bagi try untuk bersalin normal lagi sekali dengan condition sama ...if by 6 hours dlm labour room x bersalin terus emergency c-sect...so i agreed, b4 balik doktor tu tergerak nak scan baby..masa ni baby ok, berat sekitar 2.5kg, anggota semua da lengkap..tup2 cek air ketuban failed.Air ketuban da sikit sgt, average 8 sahaja, doktor kata normal is 12-14...hati da mula risau..so doktor tu panggil dia punya pakar, then doktor pakar cek lg worst, tinggal average 6.5 sahaja..terus doktor decide masuk wad and induce.suh bersalin takut baby lemas...

masa ni rasa batu jatuh atas kepala..x ready lg nak bersalin, da kene paksa bersalin, dengan keje kat pejabat melambak2 x siap...masa tu jugak menangis depan doktor..aksi sepontan...stress jap, doktor suh pg buat ctg and hubby kene pg register wad...

x ready nya.............wuawua.....on the balik rumah amik baju pun menangis, telefon mak bgtau kene masuk wad pun nangis..alahai rapuhnya hatiku....






to be continue part 3....................

Thursday, May 5, 2011

Bersalin normal vs C-sect (part 1)

da lama nak tulis, tp x tertulis2...for me, i da rasa dua2, c-sect dgn normal delivery...
masing-masing ada pro and cons...

1st delivery (bersalin kan fatin)

masa ni i da 38th week mengandung, masa tu on 12th Ogos tu baru  je cek up kat klinik kesihatan dengkil..
everything was ok, then kene jumpa doktor sbb da la x jumpa doktor..lgpun nak refer pasal nak bersalin normal@csect (ye la i kan kecik) doc takut tulang punggul x muat..
b4 tu da refer kat hosp putrajaya..then as conc doc bg bersalin normal, but with condition : normal and short period for 6 hours (by 6 hours x bersalin dia akan terus operate)
masa jumpa tu, doktor nak cek bukaan bawah tu..mula2 budget okla..sekali tgk dia bawak keluar alat mcm mulut itik tu, terus seeriau rasa..masa dia mula2 buat ni, rasa sakit tul, even multu itik tu x masuk lg..hehe
then doc tu kata, takpela i buat pakai tgn, tp tahan sikit yea...
bila cek, the opening was 1 cm..so doc advise kalau air ketuban pecah/keluar darah terus direct pg hospital...

13/8 /2009

5.00 am, masa ni nak buang air kecil kat toilet..sekali siap buang air, tgk2 kat toilet bowl tu penuh dgn darah..
terkejut, terus kejut hubby, even sepatutnya pagi tu dia kene kejut dia pg terrengganu..so decide terus nak pg hosp putrajaya..

by the time sampai HP..terus pg kaunter kecemasan..nurse buat CTG, mula2 tu ok, tp lama gak la dekat sejam..sekejap2 graf x cantikla..terputus2 la, kul 6.30pg baru ok CTG, tp nak tggu doc pulak..masa tu kalau ikut CTG contraction 3 in 10 (maksud dia 3 kali in 10 minit tp i x rasa), nurse pun da pelik..dlm tggu doc tu mesin ctg masih lg on...tiba2 graf jatuh 60 , masa doc dtg terus decide masuk wad, takut jantung baby da lemah...so hubby terus pg daftar wad, by 8pg semua ok, then i pun da ddk kat dlm wad..masa ni dapat bilik 4 orang...hubby balik rumah as SIL ada kat umah and nak packing his stuff nak teman kat hospital..

masa berlalu and at every 2 hours chech VE, pehh mmg azab tul..da la kkg yg cek tu dr lelaki (malu gak la tp buat tebal je la).dek kerap cek, sbb every 2 hours, doc hamidah tu kesian tgk, so dia bg every 4 hour cek VE..dgn buat CTG lg..sabo jek la..

kul 5 ptg, VE da bukak 2cm (lama tul nak buka 1 cm tu)

.......
.....
.....

kul 1 pg, masa ni da mula sakit sgt, sampai x tertahan setiap kali sakit,
nasib baik ada husband, dia la ddk tolong urut2 bila tgh contraction tu..
doc panggil buat VE tgk2 da 4 cm, so dia terus pecahkan air ketuban, and masukkan ubat buang air besar..
siap pesan kalau nak buang air jgn teran, kang ada kuar baby pulak...
balik bilik bgtau hubby da nak kene masuk labour room, minta maaf siap.(dalam hati tuhan je la yang tau betapa takut nya masa tu)...
nurse dtg bilik and tolak g labour room pakai wheel chair..hubby kene lalu jalan jauh...


labour room....
sejuk giler kat labour room sampai menggigil2..da la dengan menahan sakit,
masa ni nurse check VE da 5cm, and tgh kecoh2 pasang CTG..hubby ada dkt sebelah bagi semangat...
dalam hati takut betul..ye la dengan xde pengalaman nak bersalin masa tu...

tiba2...heart bite baby x boleh detect pulak, sekejap ada sekejap hilang..
so doc terpaksa pasang ikut bawah direct terus dengan baby..masa ni pun hb kejap naik kejap turun..
doc bincang dengan pakar, as i ada condition kalau within 6 hour masuk labour room x bersalin mmg kene operate (sbb tinggi 140cm jek).. so dorg dicide nak buat ELCS (operate)..
masa ni nak je ckp, saya nak bersalin normal, tp bila pk baby dlm perut tu, dgn hb sekejap naik sekejap turun..so redha jek la..doc panggil hubby bincang sikit,then agreed operate..sain agreement, dorg pun tolak masuk OT..dlm otw g OT tu mmg da sakit sgt2..imagine dlm 2 minit sakit, lega, sakit balik...(abis semua doa baca masa tu)...

masa doc nak cucuk ubat bius tu sempat lg bertekak dgn nurse..
ye la kita da sakit, dia suh ddk diam2 sbb nak cucuk kat tulang belakang ..
nak diam2 mcmn..contraction da kerap sgt..samapi bila 1 contraction tu da ok, suh nurse cucuk cepat2...

da siap cucuk ubat semua tu, doc pun nak mula kan sesi potong kek..
masa 1 attempt kat kulit tu, mmg terasa sakit..bgtau doc cakap sakit..pastu dia siap tanay ubat x jalan lg ke..
sabo jekla...eee geram betul masa tu..
baru la nak tanya kalau angkat kaki rasa x..dia jentik2 kalai rasa x...(b4 potong tu x nak cek dulu)..

masa ni da kul 4pg rasanya..bila da potong tu, dgr la doc tu ckp sesama dorg, baby mcm jauh sgt, so dorg potong lg skit nak kuarkan baby..
and yg paling geram tu ada soerg nurse tu bleh cakap, ni kalau kita tggu skit, da bersalin normal budak ni.. (geram giler)..da ko belah aku baru nak ckp mcm tu..x guna da pun sbb by that time..da dengar baby nangis...

so terus doc tunjuk baby, tanya jantina ape...it's girl..then nurse bawa baby untuk dibersihkan..siap2 semua tu bg kat hubby utk diazankan..

Alhamdulliah...semuanya berjalan lancar even ada up and downs along the journey...
so welcome to the world NUR ALMAS FATIN RAFEZI, 2.78kg via CSECT @ 4.04 am...


to be continue ...part 2