Thursday, October 20, 2011

kesian blog da berabuk...

hi..

da la betul x berupdate blog ni..
entah tuan rumah dilanda kemalsan yang amat, padahal tiap2 hari blog walking kat blog org,
cuma xde rasa untuk mencoret dekat blog sendiri...
actually banyak sebenarnya benda nak dikongsi bersama..
tp tu la..bila MMMMMMMMMM tu banyak sgt, langsung x bergerak jdnya..

few update:

1. Alhamdullillah ada rezeki org baru tahun depan..InsyaAllah due on May 2012..sekarang ni dok layan mabuk2 , mabuk kali ni lain skit compare dgn 2 pengalaman yang lepas..muntah tu xde la sgt, tp cepat pening kepala...maybe xbloh mengadap pc lama sgt...

2. Fatin dgn wani pun bertambah ok..xdela gaduh2 sgt..masing2 da pandai bawa diri..

3. Wani da boleh berjalan 5-6 tapak...pasni kene rajin suh dia practice berjalan...kang bila perut da memboyot mana larat nak dukung lama2...

4. Fatin punya vocab pun da bertambah baik..da pandai banyak cakap and banyak tanya..kkdg menguji kesabaran juga...da pandai bila kita balik dari keje minta coklat...(mcm la mak dia keje dkt kedai coklat hari2 ada coklat dlm beg)

5. A few uncle da mula x sihat include nenek...yg paling kritikal uncle dekat kulai...mula2 suspect ada ketumbuhan dekat usus besar, so doktor buat lubang pasang beg untuk buat salur baru buang air besar..pastu suspect kuamn da sampai hati..bila nak buat kemo, last scan kuman da serang jantung, so doktor da x boleh buat ape melainkan bagi ubat tahan sakit sahaja..

last 2 week, ada jugak pergi melawat, masa tu pak ngah nampak sihat lg even dia turun almost 32kg in 1 month sebab ketumbuhan di usus tu..setap kali makan dia akan muntah.masa melawat tu dia hanya makan oat plus a few makanan yang dia boleh makan...tp masa tu dia masih boleh berjalan dan nampak masih kuat

and semalam call anak dia, it getting worst, da x mau makan, berak muntah pun da warna hitam, x boleh nak berjalan sgt dan terbaring saje..and part yang paling sedih bila pak ngah bagitau dia hanya boleh bertahan 1-2 week sahaja...family member pun da redha andai kata Allah da menjemputnya kembali....sedih sampai x tau nak kata ape....berat betul dugaan dariNya...

okla..few update only for todak, akan update lg kemudian..da mula rasa x best, kepala pun da weng2..need to get some rest..bye bye..

Tuesday, September 20, 2011

quick update

hampir sebulan blog x berupdate...
mcmn la nufnangg nak bertambah..hahaha (berangan jek la)
hari2 dok blog walking sahaja..
padahal banyak je cerita nak update, tp sebab malas and kekeringan idea nak mencoret..
terkubur mcm tu jek la..


anyway rasanya belum terlambat nak ucapkan


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 
DAN
MAAF ZAHIR BATIN 
DARI KAMI SEKELUARGA

Wednesday, August 24, 2011

happy besday WANi !!!


20/8/2011

happy 1st bday wani...
sekejap je da setahun...


ma tgh malas nak mencoret, nnti bila2 ma sambung ye wani..
muaahhhh, sayang wani sgt...

mode: bulan lapan every week ada celebration, tggl lagi satu 
celebration untuk husband....kurus purse bulan ni  :(

Tuesday, August 16, 2011

Happy 2nd Besday-- NUR ALMAS FATIN RAFEZI

13/8/2011
birthday fatin ke-2, 

ma doakan....
"semoga ALLAH panjangkan usia fatin dalam iman & keberkatan-NYA, dimurahkan rezeki, bahagia dunia akhirat..
jadi anak yang solehah...jadi kakak yang baik...
belajar rajin..semoga Allah permudahan segalaNYA..
Ameen.."

cerita ni da lama sikit, x berupdate..ye la da update kat rumah mmg x sempat...sibuk dgn keje2 rumah..
nak update kat opis pun, x berapa nak sempat..letely keje banyak..ditambah dengan mood berpuasa, mmg xde semangat nak update...
kkdg jealous tgk kengkawan ari2 updae blog...



ari tu selebrate besday fatin hari jumaat,again masa buka puasa.awal sehari...
fatin bukan main excited lagi..nyanyi lagu happy besday to u dgn tiup lilin...
mula-mula malu2..pastu da tip lilin suh pasang, tiup pasang, tiup pasang je la..sampai abis lilin tu baru dia puas hati...geram pun ada..kita sibuk nak berbuka, dia sibuk nak tiup lilin..layan kan jek la kerenah dia tu, kalau x kang merajuk, lg jenuh nak pujuk.

just simple celebration jek, sepotong kek dgn bagi present sikit...
sbb cadangnya kalau ada rezeki...masa buat open house raya sambut sekali dgn besday budauk berdua ni sekali Fatin and Wani...meriah sikit....


kepala da pening, gara-gara x sempat nak bersahur pagi tadi...gtg now..kang da x pening i sambung balik..
chow..

Thursday, August 11, 2011

gud morning all...

baru nak wat keje da terinagta kat budak berdua ni...

ape la yg diborak kkan budak berdua tu yea...gossip eh..kecik da pandai...

wani kat Nilai 3..da mcm bos besar siap silang kaki...suka sgt dgn kerusi tu, suh bgn pun x nak...

ma...susu satu plisss.....

Tuesday, August 9, 2011

bonus kakitangan Kerajaan 2011.

Kerajaan Umum Bonus Setengah Bulan Untuk Penjawat Awam, RM500 Untuk Pesara

Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.
“Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.
Perdana Menteri berkata kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
“Ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajian penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini juga merupakan satu penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam,” kata Najib.
Katanya pemberian bonus dan bayaran khas itu akan melibatkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion.


Alhamdullillah...rezeki bulan ramadhan.....HORREYYY

Wednesday, August 3, 2011

happy 3rd aniversary...

dear hubby...

happy 3rd aniversary...
"semoga Allah berkati dan rahmati ikatan perkahwinan ini dengan anak2 yang soleh dan solehah dan berkekalan hingga ke Jannah" 

AMIN


sekejap je masa berlalu..da 3rd anniversary da..
masa 1st aniversary..sambut ber-2 (tgh sarat mengandungkan fatin)
2nd anniversary pulak sambut bertiga (tgh sarat menagndungkan wani)
so 3 rd aniversary sambut berempat...(nasib baik x pregnant tahun ni).tp kalau Allah nak bg rezeki kami x tolak..Alhamdullillah..

sbb anniversary kali ni tgh bulan ramadhan so xde la sambut beria sgt, just sambut ber-4 berbuka puasa kat rumah..ada 2 anak kecil tu, nak sambut diluar agakla kelam kabut..
just simple celebration jek masa berbuka puasa..
cuma rasa terharu jek jela x sangka hubby akan beli kek and suap kami bertiga (ma, fatin and wani)..

(ikhsan dari mr goggle) 

pic lupa tangkap sbb hubby buat ala ala suprise da buka baru keluar kek and terus suap kami..
and both of us ada hadiah untuk masing-masing..(pic esok ek) cable  hp tertinggal (macam2)...hehehe...


okla..nak sambung buat keje...later i sambung balik..chow..



Tuesday, August 2, 2011

1st ramadhan 1432 H

smlm 1 day berpuasa..and semalam jugakla 1st day berpuasa umah mak mertua selepas 2 tahun berturut berpantang di umah mak sendiri..hehe

rasa kekok gak la...tp i ok jek, just ptg smlm tolong masak lauk ayam and goreng sayur...
ye la dgn nak melayan 2 org anak lg, mana la den sempat nak masak yang hebat2..

dan semalam 1st day jugak try breastfeed wani sambil berpuasa..b4 ni puasa time keje, so x terasa sgt..tp smlm agak terasa juga lepak bila da dkt hujung2 tu, alhamdullillah berjaya juga puasa sampai ke maghrib...

budak2 berdua tu pun ok jek..some progress of both daugther...

FATIN
Fatin skrg semua benda dia x nak dia akan cakap no..kkdg sampai bergaduh2..no,no,no,no...
ckp pun bolehla sikit...main tangkap hujung je..
1. pih - fish
2.ngok - tengok
3.nak - nak
4. no - x nak, x boleh
5. cuk - busuk
6.yak - berak
7. ndi - mandi
8. piss- peace sambil buat tangan..

ada byk lg, tp tu je yang selalu dia dok ckp...skrg ni geng baik dgn pa dia..semua pa dia, kalau naik kete tu mmg dia la dok teman pa dia bawak kete sambil layan bob..ma dia kat belakang kkdg da tertidor smbil layan wani menyusu..hehe


WANI

1. so far skrg da pandai jalan sambil memapah tepi meje ke, kerusi ke etc. tp nak suh dia jalan sambil pegang tangan ada sedikit malas..geram jek tgk...

2.skrg ni kalau nak tdor kene melekap dulu baru tdor..

3.Da ada 6 batang gigi..2 batang bawah, 4 batang atas...kalau tgk nenen tiba2 dia gigit, boleh mengalir air mata ma tahan sakit...pastu dia senyum2..geram tgk itu budak..rasa nak gigit jek..

4. pantang ma hilang..mula la dia nagis, nasib baik ada kakak fatin, so ada la org nak teman dia main sementara ma buat house core...

5. pantang dengar musik, mula da terhenjut2, tergoyang2..tp bila kita tegur, malu pulak..hihi comel jek tgk...

bila pikir pasal anak, banyak pulak nak cerita...lain entry la citer..jam pun da kul 4.45 ptg..

till then..chow..

salam ramadhan 1432H

30 hari x jengah blog..entry bulan julai pun satu jek..
ape la nak jd ni..
hawa..hawa..

pejam celik pejam celik
dah masuk OGOS..
alhamdulillah dah masuk bulan ramadan yang mulia, bulan pesta amal ibadah..

semoga dengan kedatangan bulan penuh keberkatan ini menjadikan kita semua insan yang lebih baik, hamba ALLAH yang bertaqwa yang sentiasa mensyukuri segala nikmat & rahmat darinya.

cukup kot entry for now..
nak chow pg mid valley jap..nak cari tafsir buat letak kat opis..dgn niat nak baca al-quran masa lunch..
ye la sinca da ada anak 2 ni, time nak baca alquran kat rumah sgtla limited...
semoga niat ini dipermudahkan olehNya.

Friday, July 1, 2011

rasa nak bercuti..tp nak ke mana??cadangan pleassssssssss....

ari ni rasa sgt2 stress and down..
keje banyak,tp satu pun x register dlm mind..
bos pun asyik mundar-mandir lalu lalang...makin risau di buatnya...kalau nak tolong best jugak..ni kawan ni jugak nak kene buat...sabar je la dapat bos mcm ni..

Antara keje yang x siap2
1. Lantikan perunding - ada 2, satu untuk tender terhad, lagi satu untuk kerja ukur
  •    yang ni banyak lg x clear, gara2 keluar manual baru bulan 3 hari tu..
  • pas ni semua lantikan perunding kene buat style tender keje, lg banyakla keje urusetia yang lama2 jd kurusetia...keje x abis2...BOSAN...
  • nak prepare dokumen pelawaan and edar surat pelawaan kepada perunding..keje x susah tp sbb byk keje2 lain, yang ni pun jd susah...
2. semak report and drawing

  • yang ni mmg menyusahkan ..perunding ni la..org suh hantar sikit2, dia nak hntr byk2..pastu banyak benda pending atas meja..up to today..ada 9 report and 8 construction drawing x bersemak...arghh bila nak siap ni...bos da mula tanya2..
3. Note mengajar untuk training hydrodinamic..

  • yang ni x prepare lg..so far kene prepare utk hidraulik punya part jek, tp sbb da lama sgt tinggal so da x ingat da dia punya basic kene study balik, nak bagi nampak cantik skit flow presentation..xdela  tunggang tebalik..nnti ada puak lecturer x paham, student tunggang tebalik...
4. lain-lain hal

  • yang ni pun part menyumbang ke arah tensen..benda kecik jek, sbb da kumpul byk2..beban dia heavy jugak la....
bila da byk2 mcm ni, mula la x tau nak buat mana satu...semua nak urgent, tp badan ada1 jek..so conclusion..bila da boleh berfikir secara waras, baru nak mula buat keje..jd skrg ni kita main GAME and surf tempat BERCUTI dulu...hahahahaha (selamba aku jek)...

Thursday, June 30, 2011

wordless..

x tau nak cakap ape..tp nak jugak bukak blog..

byk sgt benda dlm kepala..keje pun banyak tp
MALAS yang amat...

note untuk mengajar x siap lg..mlm td konon bawa buku balik nak buat notes, tp satu benda x buat..
selak je buku automatik mata mengantuk..
last2 baca majalah pa & ma...

esok, nak kene bentang slide kat top managemant..
ape nak bentang ni..
TOLONG!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Thursday, June 16, 2011

simple update

lately, sgt2 la bz dgn mcm2 perkara...

1. last few week, amik cuti 3 hari sbb adik baby sitter fatin dan wani meninggal, 2 org sekali, sorg masa 1 jun, then selang 2 minggu lg sorg on 13 jun..kesian tgk, so amikla cuti bg makcik tu peluang untuk balik kg ziarah adik2 dia..Fatin dgn wani ape lg, melompat kegembiraan la, x payah bangun pagi pg sekolah...bleh bgn lambat..


2. husband outstation g terengganu dari 12-16 jun..lama tul ada operasi tangkat bot nelayan..so terpaksala uruskan budak2 berdua tu for 5 day alone..nasib baikla bdk2 tu memahami, xdela meragam sgt..behave jek..lega skit...

3. Keje yang x abis2...VM, JPP,VM, JPP,VM, JPP tu jekla..bila nak abis x taula..peruntukkan nak kene belanja, so keje kene jalan, keje nak jalan banyak pulak prosedur nak kene go through..arggg....
next week 20-24 jun ada bengkel VM kat ampang..so ddk ampang jek la..so keje kat opis x gerak..

19/6 kene g kedah, ada mesy tapak kali 1...then next day 20/6 kene g langkawi ada kursus untuk flood damage..

balik on 29/6 ada mesyuarat JPP, nak lantik perunding untuk detail design..so left me on esok nak siap kan semua keje...


BOLEH KE SIAP??? dgn slide Vm x complete lg, dgn kertas perakuan untuk JPP x settle lg, dgn telefon berdering sana berdering sini...

Ya Allah bantula hamba mu ini..Amin....

Tuesday, May 31, 2011

Bersalin normal vs C-sect (Part 3)

sorryla lambat btul nak update..
naik berjanggut org tggu..heheh..lately keje byk, sibuk pergi kursus lg...x sempat nak update blog..

ok..pas balik rumah, masa ni tgh puasa, husband belikan nasi dgn lauk..
buka puasa, pastu siap2 dlm kul 4 ptg da masuk hospital..
dalam hati takut sgt, mcm rasa bersalin anak sulung pulak...padahal tgh takut nak kene induce, ye la duk dgr citer org kata induce ni sakit, lagi sakit dr sakit bersalin biasa..dgn pk doc kata dia akan induce sampai 3 kalai, kalau x bersalin last choice kene c-sect lg..lagi la bertambah takut..
masa tu dgn pk nak tggl fatin for 4 day (incase bersalin normal) or 6 day(kalau kene csect)..lamanya la hai...
berdebar2..so ddk kat hospital xde la byk aktiviti, just ddk, tgk tv, jalan2 keliling ward, berborak2..sambil tu nurse dtg buat ctg dgn bg ubat...
mlm dlm kul 8.00 mlm mcm tu...doc datang and bgtau, kul 9.00 mlm dia akan cek opening and kul 7.00pg esok dia akan start induce ubat..
kul 9.00 mlm cek opening, masa ni da bukak 1 cm, and xde rasa sakit..boleh bergerak mcm biasa, boleh gelak2 dgn husband, boleh telefon mak lg tp dlm hati takut giler nak kene induce...

20/8/2010 (Jumaat)

kul 6pg, nur sa da kejut suh bgn, then siap2 mandi..and nurse pesan kul 7.00pg tggu  kat bilik check openning tu, doc akan masukkan ubat (induce)...b4 tu sempat buat CTG and everything was okey..
INDUCE TIME...nasib baik doc pempuan yang induce, lega skit x malu sgt..doc sofia tu pun sgt baik, nice jek cakap, lega la kan..then bila dia cek, da bukak openning 1 cm, and dia akan induce 1/2 doz sahaja(as 1st pregnancy bersalin c-sect) dia takut bila masuk 1doz, contraction kuat sgt and rahim boleh pecah..so i ok jek la..masa induce ubat ni biasa jek, x la sakit..cuma dia pesan 1 hour kene baring jek, x boleh jalan2 takut ubat jatuh...boring2...apa lg amik kesempatan utk tdor2 ayam la..

10.00 pg..da mula sakit2 da...lenguh2 pinggang, contraction da start to take place...
telefon mak, mak otw nak dtg KL, tumpang adik ipar nak balik selayang..
then tel my BFF, Yat just nak bg release tension tahan sakit..
ye la bila da berborak and bergelak ketawa tu xde la terasa sangat kat..

kul 11.00 pg, contraction makin kerap, menggigil tahan sakit, sekejap jalan sana, jalan sini ..nurse yang tgk pun runsing, siap tanya lg...kenapa kak???sakit la dik, xpela akak ddk kat bilik, jap lg saya dtg...
tgh baring sambil menahan sakit tu, nurse tu dtg, cek contraction da 3/10.. 3 kali in 10 minit..so dia cakap ni mmg da sakit da..dia suh tahan sementara nak tggu doc cek VE kul 12.30tghr...
dlm hati mmg betul2 cuak and mmg sakit la contraction kali ni compare dgn masa bersalin fatin dulu..sakit dia sakit sampai nak tercabut2 pinggang...
hubby otw datang...tu pun da 4/5 kalai telefon just nak borak and bg lupa skit sakit contraction tu...mmg sakit la bila kene induce, tp demi keselamatan nyawa baby ni, gagahkan jugak la...

kul 12.15 hubby sampai dengan kakak ipar, dia tolong urut2 and picit2 skit..so okla..tp x boleh nak lama2, sbb nurse nak dtg buat CTG and doc nak cek VE..so jumpa dalam 15 minit, dia nak g solat jumaat, pas sembahyang dia datang balik..so okla..

bila doc cek VE, opening da bukak 4.0cm and doc decide nak pecahkan air ketuban...cuak betul.. ye la...in 4 hour da bukak 4 cm, nak tolak masuk labour room, dgn husband nak sembahyang jumaat, dgn mak x sampai lagi..kusut btul..makin berdebar2...tiba2 rasa x ready lg...argghhhh...so doc masukkan ubat buang air besar and suh balik bilik, siap2 barang and nanti staff nurse tolak .tiba rasa blank and nak husband ada kat sebelah..time ni la pulak call x berangkat, xde line la, pastu adik ipar call tanya jalan nak pg hospital putrajaya la...tensen2x..kawan da la dok menahan contraction, gabra gile..last2 call kakak ipar bgtau , nak bmasuk labour room and minta bgtau husband.

sampai kat labour room, dorg letak kat satu bilik temporary dulu sbb labour room dorg tgh bersihkan..masa kat sini siap call husband suh masuk..x tahan btul sakit, lain betul bila compare dgn normal contraction..tp husband bgtau, dia x boleh masuk lg, sbb nak kene pindah2 bilik...sabo jek la...
dalam 15 minit mcm tu, dorg pindahkan dalam labour room..then doc tu keluar tu keluar, dia pesan kalau rasa nak buang air besar panggil...

masa ni struggle gile bergelut dgn contraction, ye la da la menahan contraction, husband pulak x boleh masuk, and tiba rasa macam sesak nafas, tiba jek rasa panas sgt mcm xde aircond..
so panggil nurse td, siap tanya dia lg, nurse, bilik ni mmg xde aircond ke...
kelam kabut nurse tu cek bawah, then dia cakap awak da nak bersalin ni...hahhhh..nak bersalin da....
masa tu jugak nurse tu suh panggil husband masuk..husband masuk...bg semangat skit..
nurse dok suh push and jangan angkat b****t..kita da sakit mana la nak pk, b****t terangkat ke x, dgn nak push lg...after 2 kali push...doc panggil husband suh tgk kepala baby da nampak, andd minta bg semangat untuk push baby keluar...try push lg sekali, x lepas gak, then doc tu cakap, "saya potong sikit ye, nak bantu keluarkan baby awak"..lepas jek potong, sekali push, da kuar baby....masa ni lega sgt2....tgk husband muka da pucat, berdiri kat tepi jek...mcm nak pitam, ye la tgh puasa then tgk darah banyak, masa tu dia ckp mmg rasa nak pitam...doc suh rest jap kat tepi..while staff nurse sorg lg tunjuk gender baby kat i, and letak baby kat atas dada...

20/8/2011, 3.33 pm
i selamat melahirkan 2nd puteri kami NUR WANI FATIN BIN RAFEZI @ 2.55kg, via normal

(fresh from mama womb)

Alhamdullilllah, dipermudahkan untuk bersalin normal and i sempat baca 2 kalimah syahadah kat telinga baby b4 nurse tu amik untuk bersihkan baby..bila da bersih my husband iqamadkan baby..syahdu je rasa masa ni..YA Allah, terima kasih di atas kurniaan-Mu...

Selesai bab bersalin, it now time nak jahit kesan gunting tu..husband kene tggu kat luar, while this proses. I siap tanya lg nurse tu, nak jahit bawah ni bius x..dia cakap dia akan bius, so x terasa sgt sakit..lega2...so far ok, cuma bila nak jahit kulit yang atas tu sakit sikit, kulit tu nipis je, so mmg terasa la..tp xpela..da tgk muka anak tadi, lupa plak rasanya....hehehe..

x lama proses jahit tu, dlm kul 4.30 ptg da tolak  masuk wad semula, masa tu semua da ada tggu i, mak, mak mertua, kakak ipar and family, husband and Fatin...seronok rasanya sbb 1 mlm jek ddk hospital, esok kalau baby wani da buang air besar and kecil, da boleh balik rumah..horrey...




Friday, May 27, 2011

mmmmm..

da nak masuk bulan 6 da..sekejapnya masa berlalu...
anak2 pun da nak masuk 2 tahun...
umur pun nak masuk 29 tahun..

huhhh..mengeluh saje..ntah ape2..
kla..nak sambung keje..
da xde mood..mood nak cuti jek...
k la..jumpa next week...
bye...

Thursday, May 19, 2011

Bersalin normal vs C-sect (Part 2)

lama giler nak update part 2..ni gara2 keje melambak2 kat opis plus balik rumah da collapse buat keje rumah...so ari tu stop kat mana ek..

ok..pas bersalinkan fatin 20/8/2009...masa ni berpantang kat rumah mak, kluang..
seronok betul berpantang 2 bulan, relax jek..tp sbb kan operate hari tu xde la banyak sgt moving, just relax2 jek kat rumah..
masa bersalin csect tu, rasa mmg agak teruk gak la..seminggu jalan pun x tegak lagi still terbongkok2..pastu bdn mmg letih dan penat sgt...dengan masa tu tak berurut, ye la bersalin operation, pastu x kenal mak bidan yang pandai urut, masa ni kat dengkil lg, sbb fatin kene tahan wad sbb kuning...mmg dugaan betul, nasib baik fatin ddk kat wad, so i kat rumah boleh la nak adjust2 bdn, bg selesa b4 si kecik tu keluar wad...

dalam masa ni hsband mmg banyak sgt membantu, ye la, dia yang duk ulang alik jenguk fatin, beli barang keperluan, mmg pendek kata cuti seminggu yang kerajaan bagi tu mmg guna sepenuhnya..3 hari fatin kat wad, then da boleh balik, tp still kene ulang alik klinik kesihatan sbb kuning dia masih lg ditahap yang tinggi...

next week tu balik kluang, rutin ttp sama...ulang alik klinik dgn hospital, nak cek kuning fatin..dekat sebulan baru turun bacaan 7.5 dan x payah refer klinik lg...lega btul...masa ni luka operate tu da kering, tp kkdg rasa jugak berdenyut2...ntahla, org lain kata bersalin operate ni sakitnya x sgt, tp bg i personnaly mmgla azab...




selepas 3 bulan ........................




fatin da membesar dengan sihat..alhamdullillah, dan kami tiba2 dikejutkan dengan berita i da pregnant lagi..
masa nak buat test ni mmg takut2, ye la anak baru jek 4 bulan dengan ada history c-sect da pregnant lg..
dalam hati masa ni, kalau tau doktor mmg mati la kene bebel..
masa buat test kit kat rumah tu , i baru jek pregnant sekitar 5 minggu lebih..tu pun agak2 sbb last 5 week i period and that month x datang, dan tiba2 ada rasa loya2 dgn ada simptom2 pregnant kan fatin..nervous giler masa  tu...Tuhan je la yang tau..tgk2 POSITIVE!!

mmg takut giler nak pg klinik nak cek, takut nak dgr nurse dgn doktor membebel..at last puas kene pujuk dgn hubby, so the next following week tu pg klinik dkt banting..bila scan, doktor cakap mmg positive pregnant, and baby puny sac da develop dan ada heart bit...tp doktor ni bagus, instead of dia membebel, tp dia bagi kata2 semangat..and dia kata xde masalah untuk terusankan pregnancy, as itu adalah rezeki dari Allah, dan insyaAllah semua akan dipermudahkan olehNya...mmg best la..terus jadi bersemangat dan eager nak tggu adik fatin keluar.. b4 doktor cakap mcm tu xde sape pun tau i pregnant melainkan hubby sahaja..parent pun x tau, takut punya pasal...so pas doc ckp semuanya ok, baru la berani nak bgtau, tu pun stage by stage...

so pregnancy goes as planned, semuanya ok, i pun xde mabuk2 sgt, and jujurnya bagitau the second pregnancy lebih baik dari yang pertama..badan lebih sihat and bertenaga even tgh struggle nak besarkan fatin..Allah maha berkuasa, semuanya ada hikmah disebaliknya..

bila teringat pengalaman kene c-sect,  hari2 doa supaya dipermudahkan untuk bersalin, diberi peluang untuk bersalin normal..tu je la ayat hari2 dok amalkan plus dgn amalan2 lain...

JULAI, masa ni dapat surat suh pergi induksi umum dekat felda trolak, sungkai...masa ni hati berbelah bagi nak pegi ke tidak,..dahla 2 minggu nak meninggalkan anak kesayangan, plus da pregnant 32 weeks..
tp pikir2, kalau tangguh, kang bila ada kursus lagi, pasni kalau pg nak tgglkan 2 org anak pulak, and after discuss dgn hubby, dia suh pergi dan dia kata xpe fatin dia handle (fatin masa ni da 11 bulan) da seronok buat main...so pgla i dengan berat hati...masa kat sana, 2 minggu mcm 2 tahun lambat btul nak abis, tp enjoy sbb byk aktiviti skip x payah buat, ddk diam2 study jek..and hubby pun ada 3/4 kali dtg and overnite sana, so xdela terasa sgt...abis jek induksi i da 34 weeks pregnat, and ada appointment dekat hospital putraja on the 36 week pregnant, either nak planned c-sect atau try to go for normal delivery.

11 Ogos 2010 (khamis)..the day has come, so pergila hospital putrajaya nak cek semua2 la...so cek semua ok, baby ok, kepala da dkt bawah tp x engage lg...so doktor bagi try untuk bersalin normal lagi sekali dengan condition sama ...if by 6 hours dlm labour room x bersalin terus emergency c-sect...so i agreed, b4 balik doktor tu tergerak nak scan baby..masa ni baby ok, berat sekitar 2.5kg, anggota semua da lengkap..tup2 cek air ketuban failed.Air ketuban da sikit sgt, average 8 sahaja, doktor kata normal is 12-14...hati da mula risau..so doktor tu panggil dia punya pakar, then doktor pakar cek lg worst, tinggal average 6.5 sahaja..terus doktor decide masuk wad and induce.suh bersalin takut baby lemas...

masa ni rasa batu jatuh atas kepala..x ready lg nak bersalin, da kene paksa bersalin, dengan keje kat pejabat melambak2 x siap...masa tu jugak menangis depan doktor..aksi sepontan...stress jap, doktor suh pg buat ctg and hubby kene pg register wad...

x ready nya.............wuawua.....on the balik rumah amik baju pun menangis, telefon mak bgtau kene masuk wad pun nangis..alahai rapuhnya hatiku....






to be continue part 3....................

Thursday, May 5, 2011

Bersalin normal vs C-sect (part 1)

da lama nak tulis, tp x tertulis2...for me, i da rasa dua2, c-sect dgn normal delivery...
masing-masing ada pro and cons...

1st delivery (bersalin kan fatin)

masa ni i da 38th week mengandung, masa tu on 12th Ogos tu baru  je cek up kat klinik kesihatan dengkil..
everything was ok, then kene jumpa doktor sbb da la x jumpa doktor..lgpun nak refer pasal nak bersalin normal@csect (ye la i kan kecik) doc takut tulang punggul x muat..
b4 tu da refer kat hosp putrajaya..then as conc doc bg bersalin normal, but with condition : normal and short period for 6 hours (by 6 hours x bersalin dia akan terus operate)
masa jumpa tu, doktor nak cek bukaan bawah tu..mula2 budget okla..sekali tgk dia bawak keluar alat mcm mulut itik tu, terus seeriau rasa..masa dia mula2 buat ni, rasa sakit tul, even multu itik tu x masuk lg..hehe
then doc tu kata, takpela i buat pakai tgn, tp tahan sikit yea...
bila cek, the opening was 1 cm..so doc advise kalau air ketuban pecah/keluar darah terus direct pg hospital...

13/8 /2009

5.00 am, masa ni nak buang air kecil kat toilet..sekali siap buang air, tgk2 kat toilet bowl tu penuh dgn darah..
terkejut, terus kejut hubby, even sepatutnya pagi tu dia kene kejut dia pg terrengganu..so decide terus nak pg hosp putrajaya..

by the time sampai HP..terus pg kaunter kecemasan..nurse buat CTG, mula2 tu ok, tp lama gak la dekat sejam..sekejap2 graf x cantikla..terputus2 la, kul 6.30pg baru ok CTG, tp nak tggu doc pulak..masa tu kalau ikut CTG contraction 3 in 10 (maksud dia 3 kali in 10 minit tp i x rasa), nurse pun da pelik..dlm tggu doc tu mesin ctg masih lg on...tiba2 graf jatuh 60 , masa doc dtg terus decide masuk wad, takut jantung baby da lemah...so hubby terus pg daftar wad, by 8pg semua ok, then i pun da ddk kat dlm wad..masa ni dapat bilik 4 orang...hubby balik rumah as SIL ada kat umah and nak packing his stuff nak teman kat hospital..

masa berlalu and at every 2 hours chech VE, pehh mmg azab tul..da la kkg yg cek tu dr lelaki (malu gak la tp buat tebal je la).dek kerap cek, sbb every 2 hours, doc hamidah tu kesian tgk, so dia bg every 4 hour cek VE..dgn buat CTG lg..sabo jek la..

kul 5 ptg, VE da bukak 2cm (lama tul nak buka 1 cm tu)

.......
.....
.....

kul 1 pg, masa ni da mula sakit sgt, sampai x tertahan setiap kali sakit,
nasib baik ada husband, dia la ddk tolong urut2 bila tgh contraction tu..
doc panggil buat VE tgk2 da 4 cm, so dia terus pecahkan air ketuban, and masukkan ubat buang air besar..
siap pesan kalau nak buang air jgn teran, kang ada kuar baby pulak...
balik bilik bgtau hubby da nak kene masuk labour room, minta maaf siap.(dalam hati tuhan je la yang tau betapa takut nya masa tu)...
nurse dtg bilik and tolak g labour room pakai wheel chair..hubby kene lalu jalan jauh...


labour room....
sejuk giler kat labour room sampai menggigil2..da la dengan menahan sakit,
masa ni nurse check VE da 5cm, and tgh kecoh2 pasang CTG..hubby ada dkt sebelah bagi semangat...
dalam hati takut betul..ye la dengan xde pengalaman nak bersalin masa tu...

tiba2...heart bite baby x boleh detect pulak, sekejap ada sekejap hilang..
so doc terpaksa pasang ikut bawah direct terus dengan baby..masa ni pun hb kejap naik kejap turun..
doc bincang dengan pakar, as i ada condition kalau within 6 hour masuk labour room x bersalin mmg kene operate (sbb tinggi 140cm jek).. so dorg dicide nak buat ELCS (operate)..
masa ni nak je ckp, saya nak bersalin normal, tp bila pk baby dlm perut tu, dgn hb sekejap naik sekejap turun..so redha jek la..doc panggil hubby bincang sikit,then agreed operate..sain agreement, dorg pun tolak masuk OT..dlm otw g OT tu mmg da sakit sgt2..imagine dlm 2 minit sakit, lega, sakit balik...(abis semua doa baca masa tu)...

masa doc nak cucuk ubat bius tu sempat lg bertekak dgn nurse..
ye la kita da sakit, dia suh ddk diam2 sbb nak cucuk kat tulang belakang ..
nak diam2 mcmn..contraction da kerap sgt..samapi bila 1 contraction tu da ok, suh nurse cucuk cepat2...

da siap cucuk ubat semua tu, doc pun nak mula kan sesi potong kek..
masa 1 attempt kat kulit tu, mmg terasa sakit..bgtau doc cakap sakit..pastu dia siap tanay ubat x jalan lg ke..
sabo jekla...eee geram betul masa tu..
baru la nak tanya kalau angkat kaki rasa x..dia jentik2 kalai rasa x...(b4 potong tu x nak cek dulu)..

masa ni da kul 4pg rasanya..bila da potong tu, dgr la doc tu ckp sesama dorg, baby mcm jauh sgt, so dorg potong lg skit nak kuarkan baby..
and yg paling geram tu ada soerg nurse tu bleh cakap, ni kalau kita tggu skit, da bersalin normal budak ni.. (geram giler)..da ko belah aku baru nak ckp mcm tu..x guna da pun sbb by that time..da dengar baby nangis...

so terus doc tunjuk baby, tanya jantina ape...it's girl..then nurse bawa baby untuk dibersihkan..siap2 semua tu bg kat hubby utk diazankan..

Alhamdulliah...semuanya berjalan lancar even ada up and downs along the journey...
so welcome to the world NUR ALMAS FATIN RAFEZI, 2.78kg via CSECT @ 4.04 am...


to be continue ...part 2

Friday, April 22, 2011

ragam anak-anak

Hepi 8 month's , wani... and hepi 1y 8 month's, Fatin

rasa sekejap je masa berlalu, pejam celik, pejam celik da 8 bulan da wani..fatin pun da setahun 8 bulan...
tahun ni birthday party buat untuk dua2 sekali..
sbb beza pun seminggu jek, fatin 13/8, wani 20/8
dan bertambah parah bln 8 ni, birthaday pa 27/8
kopakla ma dia bulan ni..nak celebrate 3 org sekali..huahuahua...
anak2 pun da macam2 ragam, tp betul cakap org, tgk anak membesar depan mata, x terasa masa berlalu, alih2 tgk da besar,,



Fatin

scene 1: kat dapur

ma dia tgh sibuk masak, fatin pulak sibuk bukak peti ais..

then dia amik satu plastik ubat demam, datang kat ma dia..
sambil pegang dahi, dia ckp mam (demam)

ma: mana ada, fatin x demam la..
fatin: mam..sambil pegang dahi

pastu dia pg kat wani, pegang dahi wani cakap demam..
pandaila tu, nak makan ubat punya pasal, semua orang demam..

ma: ok, sikit jek tau...
fatin: agi...

last2, ma simpan ubat, bg scout emulsion tu 1 sudu baru senyap and pg main mainan dia..
anak-anak...

scene 2 :kat bilik sambil tgk tv

fatin ; nak bob (sponge bob)
ma ; ok, so pasangkan la sponge bob, dia pun diamla...tgk tekun jek..

sejam pastu..

fatin: nak bob..
ma ; bob da habis, mana ada bob lg, esokla...
fatin; bob...bob..sambil menangis..
ma: puas tekan2 channel xde bob..last sekali cakap kat fatin.. bob berak, dia xde, yang ada kawan bob jek, nnti bila da habis berak, bob masuk balik..

fatin : ok..terus senyap, tgk tv...
ma: gelak jek,sambil tgk pa..(nasib baik dia paham)

Thursday, April 21, 2011

MIKE FLOOD WATCH, RTB SG MUDA

bersiaran dari JPS ampang, ada course Mike Floodwatch, dari 18-22 April 2011..
pening gak belajar software ni, mcm2 nak kene pk...
arghhh tensen gak, maklum ar keje pun tgh banyak..

k ar, da ptg nak balik..esok i citer pasal software ni..
bye

busy sampai lupa nak update

lama da x update blog..
sekarang ni bz yang amat, keje x menang tangan nak buat, dengan anak2 da semakin membesar..blog mmg xde masa nak update...kalau ikutkan hati mmg hari2 nak update, banyak cerita nak kongsi dengan rakan2..tp x sempat..tp blogwalking blog kekawan sempat la..
so tau la perkembangan terkini rakan2..so to all:-


 sue , nini and syima : TAHNIAH, selamat menyambut org baru..masing2 tgh pregnant anak ke-2..pn yat bila mau folow???

yat : TAHNIAH DAN SELAMAT MAJU JAYA untuk bisnes kamu yang baru..sempat tgk blog kamu, tp x sempat lg nak mengorder..

azimah, azad, zura and kak aishah: mari kita bersama-sama buat RP2 dan Value Management..oh lupa DAM ASS juga..heheh

Thursday, March 3, 2011

BERSIARAN DARI LAPANGAN TERBANG SULTAN ABDUL HALIM, KEDAH

@9.15 pm..tgh tggu flight air asia sampai..




suppose naik flight kul 9.15 pm, so delay dalam 20 minit, baru jek tgk flight landing...

flight attendance baru buat pengumuman..so continue nanti k..

SERABUT!!!

hi..

lama btul x update dalam blog ni...naik bersawang and berhabuk da..just few update from me today..



WORK UPDATE



lately mmg bz sgt2...keje kat opis, x menang tgn da..

semakin dibuat semakin banyak...

ntah bila nak siap pun x tau...

ingatkan masuk RMK 10, bleh la nak manage kerja dengan bagus, tp dek kesibukan dengan mcm2 hal...rasanya sejarah RMK9 bakal berulang lagi...



workload, kalau di lihat pada zahirnya, nampak sikit jek..tp kalau dikorek2..banak rupanya..

walaupun hanya jaga Kedah dgn hanya satu projek diluluskan iaitu untuk 1st rolling plan RTB Sg Kedah/Sg anak bukit..kejenya tetap menimbun..dengan masalah consultant, final detail report..

huhu tension mak dibuatnya...



dapat consultant pun x bleh nak rely on..

minta sediakan dokumen tender, ada ke untuk spec BQ bagi printer dia pg fotocopy braucher kat kedai komputer, potostat terus tempek dlm dokumen...

x pernah di buat org...nak tergelak pun ada, tp dlm hati sakitnya la jiwa...

apa la nasib badan...



FAMILY



everything goes smooth, ni jela buat penyejuk hati dikala hati membara dekat ofice..

fatin and wani da mula pandai main sama..

fatin as for today da 1 year and 6 month, wani pulak da 6 month..

cepat je masa berlalu..

rasa kenangan bersalin dan bertarung di labour room masih segar lagi...

and last week, i mcm mabuk2...

jiwa da suspen jek takut ada no 3, petang tu dgn segera pg buat UPT and the result is negative..

x puas hati, early morning next day, try lagi sekali and still negative..so tarik nafas lega..

husband pun da suspen jek...rasanya x ready lagi utk masuk no 3, tp kalau da rezeki Allah nak bagi..i terima dengan hati yang redha...



that for today..seee u on the next post..da...

Thursday, February 10, 2011

Menu for last night

smlm datang angin mana tah tetiba rajin yang amat..so utk dinner, masak butter prawn +kacang buncis goreng..

actually, dari pagi da terbayang2 nak masak butter prawn bila tgk facebook kak aishah..
sekali, tgk kak aishah da upload dlm blog resepi butter prawn, apa lagi harus try la kan..
first attemp masak butter prawn..


jurai telur x lawa sgt la, but hubby kata rasa bleh thn..and habis semua siap dengan kulit2 sekali..
and big kredit to kak aishah..next time bleh try resepi lain pulak...

Wednesday, February 9, 2011

apakah maknanya ini????



golek2 depan tv....pastu...


 ......

......
....
.....

 ....














hisap jari kaki....habis masuk ibu jari dlm mulut

wani nak adik da ker???
ma x ready lg ar.. :-(

Monday, January 31, 2011

Kluang dilanda banjir...

wa..kluang da banjir da..
ni pun mak bgtau smlm..harap2 x seteruk tahun 2006 la..
ingat lg masa tahun 2006 tu keje kat Fast Flow JB..
selalu kalau balik kg, pg2 baru gerak balik JB terus g keje..
so 1 day tu nak g keje ar, sekali jalan putus kat jalan BAndar Tenggara-Kulai..
kat 1 point tu berani lg, sampai kat satu tempat tu..air laju giler, x berani nak redah..
so pusing balik lalu jalan kulai..

end up..biasanya dari Kluang ke JB 1 jam setengah jek..
dek kerana penangan banjir..dari 7.00 pg gerak, kul 4.00petang baru sampai ofis..
pastu kul 5.30 da balik ofis...

masa tu x sangka pulak, mak kat kluang da kene pindah tempat perpindahan mangsa banjir...
da kene ddk kat dewan..2 mlm gak ar...
next week tu balik kluang, mmg penat nak mengemas rumah..
dengan selut2nya...haih..penat ghak la..

Tp redha je..kuasa Tuhan..
ada hikmah disebaliknya...


mmg kenangan tul ar banjir masa tu...

Friday, January 21, 2011

sepetang di Perbadanan Putrajaya







adik muka tensen, bgn tdor...

thaipusam..

20 Januari 2010..bersammaan dengan semalam adalah hari thaipusam..
so cuti ar kan..
cuti mmg best ar..tp xdela best sgt, still keje kat umah melambak2..
nak basuh baju, buat breakfast, mandikan anak2, sapu umah, mop umah..uhhhhh, byk tul kejenya.
last2..kul 11.00pg baru terhegeh2 nak mandi...
plan nak lepak kat umah jek tp darling husband ajak g digital mall sbb ari selasa tu beli installer utk StaadPro, 
tp x leh nak install (as laptop tu pakai windows vista)..
so ada can ar fatin dgn wani nak berjalan..fatin pun ape lg, pandai ar dia amik kasut, pakai kasut..buat baik jek..
geram tul tgk, kalau x ade jek keje dia nak menyepah rumah..

ni aksi fatin masa otw nak g digital mall, x reti ddk diam..
sekejap ke depan, sekejap ke belakang..

ada jek dia nak ambil..




(sila abaikan kereta bersepah)

da penat ke depan belakang, main dgn wani plak..
sekarang ni dia obses dgn botol air, nak minum teguk mcm tu jek...
pastu sibuk nak ttp sendiri..
fatin:jap eh dik, kakak tuang


alamak ada kotor ar dik, kakak bersihkan dulu (wani da buat muka boring jek)

baik-baik minum, jgn sampai tumpah..ma marah karang...

ok..pandai...    
samapi digital mall, dia ape lg, berlari sana, berlari sini..
ingat taman ke..nasib baik org x ramai..
nak tarik attention dia, so terpaksa la ma dia amik gambar jek, baru nak ddk diam, kalau x berlari2..penat nak mengejarnya..

* budak x reti ddk diam















sampai gamabr pun goyang, x ddk diam....arggggg...


da dapat lesen...

akhirnya my second daugther, wani fatin da dapat lesen meniarap..
jap ma, tgn x ready lg ni...

ok, da ready da, leh amik gambar...


actually dari 01 JANUARY 2011 da pandai meniarap da, tp mls2..
now da rajin da..sekejap2 meniarap, skejap meniarap...
kakak dia tolong jg..nasib baik x jdkan adik dia kuda...
so bila da penat meniarap, ape lg terjerit2 ar minta terbalik kan..last2 sekali tdor...
amboi sukanya..bila dpt berjalan...

Tuesday, January 18, 2011

Finally da sah dlm perkhidmatan..

(kredit to Aizuddin Anuar)

Gembira tul pagi2 ni bila tgk2 web SPA..i da confirm dlm perkhidmatan..lega2..so pas ni leh ar plan nak apply sambung study plak..hikhihk..berangan jek...
so, let the table talk..kang ptg2 nanti i ulas..

Urusan
Pengesahan Dalam Perkhidmatan (PDP)
Jawatan JURUTERA (AWAM) GRED J41
Tarikh Terima 08/12/2010
Status Permohonan anda telah selesai diproses
Tarikh PDP 30/07/2010
Tarikh Pos Surat 19/01/2011

Monday, January 17, 2011

mondayyyyyyy....

malasnye la nak buat keje..
mata da mengantuk..penangan anak2 kul 12.00 mlm x tdor lg..
masih lagi gelak2 sambil tgk tv...
baik wani, baik fatin..bleh plak dua2 join together2..tgk tv...
baru jek terlelap, fatin da kejut, minta susu..
arrggg, tension tul...huuhuhu

Friday, January 14, 2011

mana nak cari ek???ada idea..

plan nak belikan fatin playhouse, so bleh ar dia main2 dengan adik dia..so xdela dorg boring sgtkan..leh ar nak main masak2 ke ape2 kan..tp , mana nak ari ek..kat toy r us tu ada, tp mcm mahal sgt..ingat nak cari kat kedai borong main etc..ada idea x mana nak dptkan ni..



yang mcm ni??

yang ni pun ok jugak

  

yang ni pun best gak, ada gelongsor sekali...  

so kawan-kawan yang tau mana nak cari barang-barang kat atas tu, tolong bgtau ek...thanks..

gumbiranya rasa hati

hahah..tajuk x ingat, padahal baru dpt green light dari bos x payah pergi meeting kat alor star next week...
tp keje2 still melambak2...
 lately byk sgt keje, ingat RMK9 da cukup bz, rupanya masuk RMK 10 lagi bz...
dengan nak monitor perunding, nak buat planning utk projek RMK 10,
nak buat TOR utk Sg Pendang, dgn paper NAHRIM..byk tul..bila la nak siap keje2 ni..
minit mesyuarat mmg la cukup liat nak siapkan..jarang ar dpt met requirement 3 hari bekerja..
mesti selalu terlebih2..kadang-kadang masuk 2 minggu baru siap, dok byk sgt keje nak kene buat.. 
well nak buat mcmn..just niatkan keje tu satu ibadah je la.. 
mana sempat buat,buat...yang  x sempat kene siapkan gak, tp lambat sikit la..

Thursday, January 13, 2011

Selingan petang


penat la ma ukur kluang mall ni, rehat jap ek..


mcm ni pun boleh..
 akak sibuk bergaya, adik tdor lagi best...new habit sekarang, tdor sambil hisap jari...



.

Gamble..

Gara-gara tension dengan perunding..ari selasa ari tu hawa gamble jek driving g melaka sambil bawa wani dgn fatin..alone..

ntah dari mana dtg semangat tu, selamba jek bawa kete dengn nak handle 1 baby 5 month dgn kakak dia 1thn 5 bulan..mula2 tu takut2 gak, tp tension nya pasall..sampai gak melaka..
actually, husband ada kursus kat Hotel Lisbon Melaka..3H2M..

The other night tu da tdor kat umah bertiga..ma with 2 daugther..nasib la bdk berdua tu behave jek, and suprisingly, kakak dia leh gak harap jaga adik dia...dia ddk jek kat sblh adik dia, x turun katil pun main2..diam2 jek tgk tv berdua..

so sempatla ma, gosok tudung and kemas umah sikit...

Back to cerita asal..all day 11/1 tu mmg geram jek dgn perunding, byk songeh, ada jek alasan dorg...so ptg tu decide nak shot g Melaka, ari Rabu cuti...(hahahahah gelak jahat)
balik umah, amik budak 2 org tu..kemas baju dengan barag2 bdk berdua tu ala kadar,
tepat kul 6.30ptg terus gerak...
b4 tu mmg da prepare siap2 barang maian fatin dgn biskut, just in case nak umpan dia bg senyap along the way...
wani..mmg behave tul..naik2 kete jek, dlm 10 minutes da selamat tdor..fatin jek la terenjut2 sambil joget dengar lagu bdk2..

 perjalanan dari Dengkil sampai Tol Ayer Keroh sgt smooth xde jammed, dgn wani tdor, cuma fatin jek kejap ke depan kejap ke belakang main toys dia..

 cuma bila da keluar tol tu, fatin cranky skit sbb dia nak tdor and wani pun da bangun...
mula2 tu dia sibuk nak suh wani keluar dari car seat sbb dia pulak nak tdor kat situ..
pujuk punya pujuk, nasib baik la dia nak mengalah, tp dia nak ddk kat pangku ma pulak..issh..da la nak drive ni..
ha..dpt idea..suh dia ddk kat area hand brake tu sambil lamding kepala kat peha..so usap2 kepala dia, tgk2 da tdor da...nasib baikla dipermudahkan...and luckly jalan x sesak..so xdela tension sggt..

 sampai kat Hotel Lisbon kul 8.45 mlm..xde la lewat sgt, hubby pun tgh tggu nak ajak lunch..Alhamdullillah da selamat sampai..

 so far okla..travelling with the kids, but next time kene cari idea, mcmn nak manage fatin kalau dia nak tdor...

Friday, January 7, 2011

perunding

geramnya rasa perunding zaman skrg ni..
semua benda nak amik ringan je tau..
dah le kita ni byk keje..
hantar report, tp drawing x hantar...
kang bila submit drawing nak kene review balik report..buang masa...
tp bab kelim duit..pg ni hantar, ptg da follow up..kalau tang dia kene hantar keje, minggu depan pun belum tentu dapat..tu pun jenuh bertelefon suh hantar
ape la nasib badan..huhuhu..


korg ada pengalaman x mcmn nak handle consultant mcm ni????

Thursday, January 6, 2011

malasnya la...

da ari khamis da ari ni..
malas tul nak wat keje...
kejenya x la byk, tp semua renyah nak kene buat satu2..
tu yg malas tyu..
kla..nak sambung keje, kang bos tanya, nganga pulak nak menjawab...

Wednesday, January 5, 2011

Assignment Special untuk Top 10 Participant...

 pg2 td bukak blog, terus bukak http://www.harlindahalim.com/ as nampak ada entry untuk top 10 finalist SYTB..and suprise nya, my fatin tersenarai...tgk gambar babies2 lain pun comel2 belaka(dlm hati da excited da)..tup2, tgk next entry  ada assignment special la pulak...udah le lemah nak mengarang2 ni, tp demi fatin..ma gagahkan jugak la yea...so here goes the assignment...

Assignmentnye adalah —–> Anda semua dikehendaki mengarang tidak lebih dari 150 patah perkataan tentang : -

1) APA YANG MENARIK TENTANG BLOG HARLINDA HALIM a.k.a RICH MOM DIARY INI

So, to tell the truth, firstly i know about blog harlinda halim, masa tgh search info regarding breastfeed punya info, as i baru je lepas bersalin anak no 2. makin i go through the blog, makin rasa excited and teruja  baca journey harlinda halim breastfeed her son. And its make me motivated to fully breastfeed my daughter...

Lagi satu, saya suka tgk gaya penulisan harlinda halim, sempoi tp best gitu...keep it up...

2) APAKAH TOPIK YANG PALING ANDA SUKA BACA DALAM BLOG HARLINDA HALIM a.k.a RICH MOM DIARY.

semua topik, saya baca..tp rarely tinggalkan jejak..anyway..

tentang topik yang paling best, mestila BREASTFEED as saya tgh struggle utk breastfeed my second daughter..banyak info yang saya dapat, especially mcmn a working mother nak arrange timing utk terus merealisasikan hasrat breastfeed up to 2 years.

kaguum gak tgk lyn, breastfeed anak in public, x mcm saya malu2..so a lot of things need to be learn from http://www.harlindahalim.com/..



lastly..
good luck to all babies


Saturday, January 1, 2011

welcome 2011..bye bye 2010

 MODE : HAPPY
bersiaran dari kluang..

hye hye hye...

HAPPY NEW YEAR 2011

sekejap je setahun berlalu..so bye2 2010, da masuk 2011..
byk pengalaman masam manis sepanjang setahun berlalu..
rentetan kronologi 2010(haha..mcm byk jek..)

Jan '10

disahkan oleh doktor (g klinik swasta jek, nak g gomen takut) for 2nd pregnancy, masa ni baru masuk 8 week, dlm hati gembira sgt, tp deep in side my heart agak takut jugak sbb 1st baby ceasect (baby baru jek 3 bln masa ni). Baca kat internet, banyak risiko nya, tp just pray for the best for me and baby...

office: ada reshuffle ..so kene tukar boss gak..boss baru Mr Tee...so job scope pun da bertukar..

Feb '10

pregnancy goes well, mabuk pun x teruk sgt..kuasa Tuhan nak bagi keringanan dengan nak jaga fatin lagi masa tu.So this month terpaksa gak g KKIK Dengkil, buat buku merah..nurse2 kat situ senyum jek..lucky dorg x marah..cuma suh jg kesihatan lbh. barula lega skit dan bersemangat nak g buat checkup...

Mac '10 to Jun '10

things goes as planned....pregnancy pun ok, baby sihat, maknya pun ok, xde morning sickness sgt, berat pun naik cantik..accept for Hb yang selalu below 11mg bila checkup..
keje pun mcm biasa..ada pasang surut..ada ketika kerja byk sgt, ada kalanya pulak keje kurang..
still driving berulang alik dari dengkil ke kuala lumpur...

Mei '10


5 months pregnant - husband belanja trip bercuti pg BANDUNG+JAKARTA...bawa fatin and PIL sekali...
seronok gak, byk perabih duit just beli benda-benda penting jek...tp penat skit sbb bawa anak kecik ..lain kali da besar skit boleh pg lagi..hehehhe

Julai'10


Kene pg induksi umum, kat felda residense trolak,masa ni berat jek nak pg..nak meninggalkan almas fatin for 2 weeks..tp kene pg jugak, dok tangguh-tangguh bila pulak nak confirmnya...
pregnancy pun da 8 bulan..yg seronoknya..banyak excusekelas  x payah buat..

Ogos 10

Selamat bersalinkan nur wani fatin bin rafezi..dkt hosp putrajaya, berat 2.55kg..(till now hutang lg cerita bersalin)..lain kali i cerita k..

Ogos to Okt 10

Berpantang di Kluang...waa..best2...dlm berpantang, sambut puasa dengan raya sekali..
jimat cuti...kene ulang alik klinik as wani kene jaundis...

Nov 10 to Dis 10

Naik keje macam biasa...keje menimbun2...nak melayan karenah perunding..
x best tul setelah lama bersuti...

Setahun da berlalu..so tahun 2011 da menjelma..

dengan azam baru dan semangat baru, semoga tahun ni lebih ceria...
azam tahun baru..next entry k..
hehehe...