Tuesday, August 9, 2011

bonus kakitangan Kerajaan 2011.

Kerajaan Umum Bonus Setengah Bulan Untuk Penjawat Awam, RM500 Untuk Pesara

Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.
“Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.
Perdana Menteri berkata kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
“Ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajian penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini juga merupakan satu penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam,” kata Najib.
Katanya pemberian bonus dan bayaran khas itu akan melibatkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion.


Alhamdullillah...rezeki bulan ramadhan.....HORREYYY

Wednesday, August 3, 2011

happy 3rd aniversary...

dear hubby...

happy 3rd aniversary...
"semoga Allah berkati dan rahmati ikatan perkahwinan ini dengan anak2 yang soleh dan solehah dan berkekalan hingga ke Jannah" 

AMIN


sekejap je masa berlalu..da 3rd anniversary da..
masa 1st aniversary..sambut ber-2 (tgh sarat mengandungkan fatin)
2nd anniversary pulak sambut bertiga (tgh sarat menagndungkan wani)
so 3 rd aniversary sambut berempat...(nasib baik x pregnant tahun ni).tp kalau Allah nak bg rezeki kami x tolak..Alhamdullillah..

sbb anniversary kali ni tgh bulan ramadhan so xde la sambut beria sgt, just sambut ber-4 berbuka puasa kat rumah..ada 2 anak kecil tu, nak sambut diluar agakla kelam kabut..
just simple celebration jek masa berbuka puasa..
cuma rasa terharu jek jela x sangka hubby akan beli kek and suap kami bertiga (ma, fatin and wani)..

(ikhsan dari mr goggle) 

pic lupa tangkap sbb hubby buat ala ala suprise da buka baru keluar kek and terus suap kami..
and both of us ada hadiah untuk masing-masing..(pic esok ek) cable  hp tertinggal (macam2)...hehehe...


okla..nak sambung buat keje...later i sambung balik..chow..



Tuesday, August 2, 2011

1st ramadhan 1432 H

smlm 1 day berpuasa..and semalam jugakla 1st day berpuasa umah mak mertua selepas 2 tahun berturut berpantang di umah mak sendiri..hehe

rasa kekok gak la...tp i ok jek, just ptg smlm tolong masak lauk ayam and goreng sayur...
ye la dgn nak melayan 2 org anak lg, mana la den sempat nak masak yang hebat2..

dan semalam 1st day jugak try breastfeed wani sambil berpuasa..b4 ni puasa time keje, so x terasa sgt..tp smlm agak terasa juga lepak bila da dkt hujung2 tu, alhamdullillah berjaya juga puasa sampai ke maghrib...

budak2 berdua tu pun ok jek..some progress of both daugther...

FATIN
Fatin skrg semua benda dia x nak dia akan cakap no..kkdg sampai bergaduh2..no,no,no,no...
ckp pun bolehla sikit...main tangkap hujung je..
1. pih - fish
2.ngok - tengok
3.nak - nak
4. no - x nak, x boleh
5. cuk - busuk
6.yak - berak
7. ndi - mandi
8. piss- peace sambil buat tangan..

ada byk lg, tp tu je yang selalu dia dok ckp...skrg ni geng baik dgn pa dia..semua pa dia, kalau naik kete tu mmg dia la dok teman pa dia bawak kete sambil layan bob..ma dia kat belakang kkdg da tertidor smbil layan wani menyusu..hehe


WANI

1. so far skrg da pandai jalan sambil memapah tepi meje ke, kerusi ke etc. tp nak suh dia jalan sambil pegang tangan ada sedikit malas..geram jek tgk...

2.skrg ni kalau nak tdor kene melekap dulu baru tdor..

3.Da ada 6 batang gigi..2 batang bawah, 4 batang atas...kalau tgk nenen tiba2 dia gigit, boleh mengalir air mata ma tahan sakit...pastu dia senyum2..geram tgk itu budak..rasa nak gigit jek..

4. pantang ma hilang..mula la dia nagis, nasib baik ada kakak fatin, so ada la org nak teman dia main sementara ma buat house core...

5. pantang dengar musik, mula da terhenjut2, tergoyang2..tp bila kita tegur, malu pulak..hihi comel jek tgk...

bila pikir pasal anak, banyak pulak nak cerita...lain entry la citer..jam pun da kul 4.45 ptg..

till then..chow..

salam ramadhan 1432H

30 hari x jengah blog..entry bulan julai pun satu jek..
ape la nak jd ni..
hawa..hawa..

pejam celik pejam celik
dah masuk OGOS..
alhamdulillah dah masuk bulan ramadan yang mulia, bulan pesta amal ibadah..

semoga dengan kedatangan bulan penuh keberkatan ini menjadikan kita semua insan yang lebih baik, hamba ALLAH yang bertaqwa yang sentiasa mensyukuri segala nikmat & rahmat darinya.

cukup kot entry for now..
nak chow pg mid valley jap..nak cari tafsir buat letak kat opis..dgn niat nak baca al-quran masa lunch..
ye la sinca da ada anak 2 ni, time nak baca alquran kat rumah sgtla limited...
semoga niat ini dipermudahkan olehNya.

Friday, July 1, 2011

rasa nak bercuti..tp nak ke mana??cadangan pleassssssssss....

ari ni rasa sgt2 stress and down..
keje banyak,tp satu pun x register dlm mind..
bos pun asyik mundar-mandir lalu lalang...makin risau di buatnya...kalau nak tolong best jugak..ni kawan ni jugak nak kene buat...sabar je la dapat bos mcm ni..

Antara keje yang x siap2
1. Lantikan perunding - ada 2, satu untuk tender terhad, lagi satu untuk kerja ukur
  •    yang ni banyak lg x clear, gara2 keluar manual baru bulan 3 hari tu..
  • pas ni semua lantikan perunding kene buat style tender keje, lg banyakla keje urusetia yang lama2 jd kurusetia...keje x abis2...BOSAN...
  • nak prepare dokumen pelawaan and edar surat pelawaan kepada perunding..keje x susah tp sbb byk keje2 lain, yang ni pun jd susah...
2. semak report and drawing

  • yang ni mmg menyusahkan ..perunding ni la..org suh hantar sikit2, dia nak hntr byk2..pastu banyak benda pending atas meja..up to today..ada 9 report and 8 construction drawing x bersemak...arghh bila nak siap ni...bos da mula tanya2..
3. Note mengajar untuk training hydrodinamic..

  • yang ni x prepare lg..so far kene prepare utk hidraulik punya part jek, tp sbb da lama sgt tinggal so da x ingat da dia punya basic kene study balik, nak bagi nampak cantik skit flow presentation..xdela  tunggang tebalik..nnti ada puak lecturer x paham, student tunggang tebalik...
4. lain-lain hal

  • yang ni pun part menyumbang ke arah tensen..benda kecik jek, sbb da kumpul byk2..beban dia heavy jugak la....
bila da byk2 mcm ni, mula la x tau nak buat mana satu...semua nak urgent, tp badan ada1 jek..so conclusion..bila da boleh berfikir secara waras, baru nak mula buat keje..jd skrg ni kita main GAME and surf tempat BERCUTI dulu...hahahahaha (selamba aku jek)...

Thursday, June 30, 2011

wordless..

x tau nak cakap ape..tp nak jugak bukak blog..

byk sgt benda dlm kepala..keje pun banyak tp
MALAS yang amat...

note untuk mengajar x siap lg..mlm td konon bawa buku balik nak buat notes, tp satu benda x buat..
selak je buku automatik mata mengantuk..
last2 baca majalah pa & ma...

esok, nak kene bentang slide kat top managemant..
ape nak bentang ni..
TOLONG!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Thursday, June 16, 2011

simple update

lately, sgt2 la bz dgn mcm2 perkara...

1. last few week, amik cuti 3 hari sbb adik baby sitter fatin dan wani meninggal, 2 org sekali, sorg masa 1 jun, then selang 2 minggu lg sorg on 13 jun..kesian tgk, so amikla cuti bg makcik tu peluang untuk balik kg ziarah adik2 dia..Fatin dgn wani ape lg, melompat kegembiraan la, x payah bangun pagi pg sekolah...bleh bgn lambat..


2. husband outstation g terengganu dari 12-16 jun..lama tul ada operasi tangkat bot nelayan..so terpaksala uruskan budak2 berdua tu for 5 day alone..nasib baikla bdk2 tu memahami, xdela meragam sgt..behave jek..lega skit...

3. Keje yang x abis2...VM, JPP,VM, JPP,VM, JPP tu jekla..bila nak abis x taula..peruntukkan nak kene belanja, so keje kene jalan, keje nak jalan banyak pulak prosedur nak kene go through..arggg....
next week 20-24 jun ada bengkel VM kat ampang..so ddk ampang jek la..so keje kat opis x gerak..

19/6 kene g kedah, ada mesy tapak kali 1...then next day 20/6 kene g langkawi ada kursus untuk flood damage..

balik on 29/6 ada mesyuarat JPP, nak lantik perunding untuk detail design..so left me on esok nak siap kan semua keje...


BOLEH KE SIAP??? dgn slide Vm x complete lg, dgn kertas perakuan untuk JPP x settle lg, dgn telefon berdering sana berdering sini...

Ya Allah bantula hamba mu ini..Amin....